Wednesday, May 25, 2011

TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN IDEAL CARA SAYA

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh..

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam blog ini.. Hari saya tak ada nk promosi apa2.. Cuma rasa nak berkongsi sedikit tips dan pengalaman saya menghafaz Al-Quran untuk dijadikan pedoman adik-adik yang baru nak menghafaz Al-Quran.

INGAT!! SAYA HANYA BERKONGSI TEKNIK SAYA TETAPI BUKANLAH BERKATA TEKNIK SAYA YANG TERBAIK.. JUZ SHARING OK..

1)Pertama sekali mestilah niat kita harus betul..

2)Baca Al-Fatihah, Ayat Kursiyy dan Surah Al-Insyirah

3)Mulakan hafazan. Baca satu mukasurat penuh yang hendak anda hafaz. Baca sekurang-kurangnya 15 kali. (Bergantung kepada kellancaran anda membaca Al-Quran, jika anda expert, 5 kali pun dah betol betol lancar, tp kalau masih tergagap-gagap, mungkin anda perlu ulang satu muka surat penuh sehingga 30 kali)

4) Sesudah lancar satu muka surat, mulakan mengahafaz satu ayat ke satu ayat.

5) Baca satu ayat penuh sebanyak 5 kali.

6) Mula mengahafaz ayat itu. Jikalau ayat itu panjang, bahagi-bahagikan ayat mengikut
waqaf yang betul. (Jangan bahagi suka hati je.. nanti salah maksud, berdosa pulak jdnye..)

7) Hafaz setiap bahagian ayat itu.. cuba baca 10 kali bahagian ayat itu, dan ulang bahagian ayat itu sebanyak 10 kali juga tanpa melihat pada mashaf. Setelah lancar hafazan untuk bahagian ayat itu, boleh pindah ke bahagian seterusnya untuk ayat itu. Jikalau belum lancar, ulang sepuluh kali banyak kali (paham x tu..hehe)

8) Untuk bahagian ayat yang seterusnya, buat mcm td jugak.. Lepas dua bahagian ayat yang dihafaz(contoh), ulang balik bahagian ayat yang pertama tadi bersama bahagian pertama ayat tadi. Ulang sebanyak sepuluh kali. Ini penting agar connection antara bahagian 1 dan 2 ayat itu dapat sebati. Buat seperti yang sebelumnya untuk bahagian-bahagian ayat yang seterusnya sehinggalah lengkap satu ayat penuh. Ini untuk ayat-ayat yang panjang lah.

9) Sesudah lancar ayat pertama, pindah ke ayat kedua. hafaz seperti teknik yang sebelumnya hingga habis ayat kedua. Habis ayat kedua, ulang ayat pertama bersama ayat kedua sebanyak lima kali agar hafazan ayat pertama dan kedua sebati.

10) Untuk ayat ketiga dan seterusnya, ulang semua teknik-teknik di atas hingga lengkap satu mukasurat mashaf Al-Quran.

11) Ulang mukasurat itu sebanyak 20 kali. Jika ayat di dalam mukasurat itu banyak dan anda susah untuk sebatikan semua ayat itu bersama, bahagikan ayat-ayat itu menjadi 3 pecahan (x kesah sebenanye nk wt berapa pecahan, bergantung kepada daya ingatan anda) agar anda boleh mengecam permulaan setiap ayat.

12) Alhamdulillah..complete hafazan satu mukasurat.

Cara ini memang agak lama tapi ini cara yang ideal untuk mengingat dengan lancar. Saya cadangkan hafazlah satu muka sehari dan tasmik lah hanya semuka sehari dengan ustaz anda. Sebulan satu juzuk sudah mencukupi. 2 tahun setengah anda sudah layak jadi hafiz. Cepat x cepat xpenting. Yang penting lancar hafazannya.

Untuk post yang seterusnya saya akan bercerita pula bagaimana kita nak ulang satu juzuk lengkap yang sudah kita hafaz.. Tunggu ye!!

Monday, May 23, 2011

SKIM TUTOR MUMTAZ MATH

Assalamualaikum anda semua?? Sihat??

Hari ini saya nak memperkenalkan pada anda tentang sesuatu skim baru di MUMTAZ MATH SERVICES:

SKIM TUTOR MUMTAZ MATH SERVICES

Anda berminat untuk menyertai kami sebagai tutor di Mumtaz Math? Ayuh kita kenali skim-skim yang disediakan di Mumtaz Math Services:

1)SKIM TUTOR EXECUTIVE

Skim ini khas untuk tutor yang sama-sama membantu kami mencari pelanggan. Tutor ini akan bergerak sendiri membawa jenama MUMTAZ MATH SERVICES untuk mencari pelanggan.

Sistem bayaran untuk Skim Tutor Eksekutif:

80% daripada harga bayaran sejam= rm12 sejam
Untuk pakej bulanan 4 sesi sebulan, tutor akan dibayar rm96.
Untuk pakej bulan 8 sesi sebulan, tutor akan dibayar rm192.

2) SKIM TUTOR BASIC

Melalui skim ini, kami akan mencari job untuk tutor dan akan menghubungi tutor.

Sistem bayaran untuk Skim Tutor Basic:

66.67% daripada harga bayaran sejam=rm10 sejam
Untuk pakej bulanan 4 sesi sebulan, tutor akan dibayar rm80.
Untuk pakej bulanan 8 sesi sebulan, tutor akan dibayar rm160

Ini baru untuk satu job, kalau anda dapat 4 atau 5 job sebulan, anda mampu dapat sekitar 400 hingga 500 sebulan. Hanya 2 jam seminggu untuk satu job.

Jika anda berminat, boleh hubungi saya, Ihsan di nombor ini: 0196113841. Kita boleh sit down dan saya boleh terangkan untuk anda. Jangan risau, penerangan tak dicaj apa-apa. Malah tidak ada yuran pun kami kenakan. Ini bukan sistem MLM ok..hehe

Sunday, May 22, 2011

AYUH BERSAMA KAMI DI MUMTAZ MATH SERVICES!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Hari ini saya nak memperkenalkan syarikat saya, MUMTAZ MATH SERVICES.

MUMTAZ MATH SERVICES merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) dengan no.pendaftaran syarikat: NS0078836-V. Syarikat ini beroperasi di Nilai sebagai pusat operasi.

Apakah itu MUMTAZ MATH??

Mathematics
Al-Quran
Tahfiz
@Home

MUMTAZ MATH SERVICES menyediakan perkhidmatan kelas bimbingan individu yang efektif untuk subjek MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN seperti berikut:

1) Matematik PMR
2) Matematik SPM
3) Matematik Tambahan SPM

KAMI juga menyediakan kelas untuk subjek-subjek lain jika ada permintaan.

Selain itu, kami juga menyediakan kelas Al-Quran dan Tahfiz di rumah seperti berikut:

1) Kelas mengaji Al-Quran di rumah.
2) Kelas Tahfiz Al-Quran di rumah.

KAMI MEMPUNYAI MODUL BIMBINGAN YANG MUDAH DIFAHAMI DAN MENJAMIN KEFAHAMAN MURID ADALAH TUGAS UTAMA KAMI, DENGAN IZIN ALLAH. YANG PALING PENTING, ANDA TIDAK PERLU KE PUSAT TUSIYEN, TETAPI KAMI AKAN DATANG KE RUMAH ANDA!! MUDAH BUKAN??

YURAN:

Kami menyediakan pakej yuran yang berbeza mengikut kesesuaian dan kehendak anda:

1)Pakej jam
Bayaran akan dicaj mengikut jam berdasarkan berapa jam kelas yang dijalankan:
Kelas Akademik: Sejam RM15
Kelas Al-quran Dan Tahfiz: Sejam RM5

2)Pakej Bulanan:
Kelas Akademik:
4 sesi sebulan, 8 jam: RM100 (jimat RM20 dari pakej jam)
8 sesi sebulan, 16 jam: RM200 (jimat RM40 dari pakej jam)
Kelas Al-Quran Dan Tahfiz:
12 sesi sebulan (3 kali seminggu): RM100 (jimat RM20 dari pakej jam)

Tunggu apa lagi.. ayuh bersama kami!! kami akan cuba bantu anda dengan izin Allah..